Aku inginkan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih
mengadu rindu padaNya
mengasihiNya sepenuh jiwa dan raga
mencintaiNya sekuat hati
Aku impikan diriku
yang sentiasa mengalirkan air mata
Akibat rindunya aku kepada penciptaku
Aku impikan diriku
yang hatinya sentiasa begetar
Apabila nama tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabnya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayangnya yg Maha Luas
Aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNya
akan nikmatnya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa2
Dialah yang maha pemberi
Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal padaNya
Yang maha Mengetahui apa yang terbaik buatku
Maha suci dari yang menzalimiku
Kerana Dia Penciptaku
yang penuh dengan kecintaan kepada makhluknya
No comments:
Post a Comment